bila kita bahagia, kita bahagiakan orang lain,
apabila kita mahu bahagia, hedaklah kita membahagiakan orang.
dengan memberikan kebahagiaan kepada orang lain, insyaAllah kita juga akan bahagia.
hmm..macam itu la caranya kalau mahu kan sesuatu.
kalau kita nak sihat, kita kena bantu orang lain untuk sihat.
pendek katanya, apa yang kita mahukan, itulah yang kita berikan dulu.
macam sedekah pula, kebanyakannya seseorang itu akan bersedekah apabila dia mempunyai wang.
bila tiada wang? akan berlebihan pula sifat kedekutnya.
it is correct?
sepatutnya, apabila kita miskin, kita perlu bersedekah mengikut kemampuan.
contohnya, kalau ada RM1, sedekah RM0.10 pun tak mengapa.
walaupun RM 0.10 tu kecil nilainya, tapi di sisi Allah?
mengapa Islam sangat menggalakkan umatnya untuk bersedekah dan melarang untuk bersifat kedekut?
sebabnya, sifat kedekut boleh menghilangkan kebahagiaan.
kajian saintifik menunjukkan, hormon sirotonim iaitu hormon yang membuatkan kita sihat dan tenang akan meningkat bila kita melakukan or mendapat or melihat kebaikan.
pernah dengarkan, bahawasanya pemikiran mempengaruhi sistem hormon dalam tubuh kita.
sebab itu la, orang yang baik akan bahagia dan sihat.
bukan itu sahaja, Allah juga tidak akan membuka hati bagi orang yang kedekut.
bila kita bersikap kedekut, harta milik kita tidak akan memberi manfaat dan kebahagiaan.
akhir kalam..jom sama2 bersedekah








